Friday 21 February 2014

CITA-CITA

Cita-cita mungkin saat kita mendengar kata-kata itu pasti yang ada dalam fikiran kita adalah suatu gambaran masa depan yang akan di raih suatu saat nanti, terutamanya seseorang yang belum dapat meraihnya lagi.
Setiap orang memiliki cita-cita dan impianmereka sendiri, bagi saya cita-cita tiada batasnya, semua orang berhak memiliki semua itu, tidak memandang usia, status, dan juga faktor keturunan. Begitu juga dengan diri saya, masa kecil adalah sebuah pencarian erti kata tanpa belum banyak mengerti dengan setiap apa yang di ucap. Dulu ketika saya masih kecil dan mulai mengenal cita-cita yang terucap di bibir saya hanyaLah dokter, guru, dan peguam dan ia hanya celoteh semata-mata..hehe

Namun sekarang seiring dengan usia yang semakin dewasa nie,semakin kuat niat saya untuk mencari jati diri, pola dan cara berfikir mengenai sebuah cita-cita yang semakin nyata. Bagi saya cita-cita bukanlah sekadar hanya angan-angan, cita-cita itu sebenarnya nyata dan jelas. Terutama bagi mereka yang mempunyai keinginan yang kuat untuk meraih cita-citanya.

Sejak saya belajar di kolej dengan mengambil bidang pengurusan perniagaan, sejak itu saya mula memahami kemampuan yang ada pada diri saya. Dari situ saya mula berfikir mengenai cita-cita dan karier saya di masa akan datang. Tentunya sangat kontra dengan cita-cita saya sewaktu kecil,haha..dan sekarang saya bekerja dengan abah saya sendiri untuk menimba ilmu tentang perniagaan dan In sha Allah juga march '14 akan dikembangkan lagi dengan membuka butik bersama Gadiskuh...=D

Thursday 19 September 2013

DuHai BaKaL ImAmKU



Duhai Bakal Imamku,
bimbinglah daku dalam mencari redha Illahi,
janganlah dikau membimbing aku ke arah kemaksiatan,
bimbinglah aku menjadi muslimah yang solehah,
bukan menjadikan aku wanita yang sentiasa dimurkai Illahi.

Duhai Bakal Imamku,
cintailah aku seadanya aku,
terimalah segala kekurangan dan kelemahanku dengan seikhlas hatimu,
bimbinglah aku agar menjadi zaujah yang kau idam2kan,
janganlah kau sentiasa mengkritik segala kelemahan dan kekuranganku,
kata-katamu itu boleh menguris hati kecilku ini.

Duhai Bakal Imamku,
terimalah aku hanya kerana Allah,
kerana cintanya kau pada Illahi,
janganlah kau menerimaku hanya kerana nafsu semata-mata,
kerana ia adalah sementara.

Duhai Bakal Imamku,
bawalah aku kerumah Allah,
jangan kau bawaku ke rumah yang penuh dengan kemaksiatan,

Duhai Bakal Imamku,
sepanjang tempoh perkenalan kita sebagai anjnabi,
peliharalah hubungan ini dengan suasana yang penuh dgn keterbatasan,
agar hidup dan pernikahan kita kelak sentiasa dalam rahmatNya..
InsyaAllah

nukilan ini khas untuk 'bakal imamku' yang masih menjadi rahsia Allah..
aku takut nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk sesuatu yang belum pasti..


Sunday 14 July 2013

Ya Allah, aku jaTuh ciNta

" Dan nikahkanLah orang bujang di kalangan kamu dan hamba lelaki dan perempuan yang telah patut untuk menikah. Jika mereka itu miskin maka nanti Allah berikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah maha Luas kurnianya lagi maha tahu"
(An-Nur: 32)


 berkahwin merupakan sunnah yang diagungkan oleh Allah s.w.t. Didalam al-Quran ada disebutkan perkahwinan sebagai mitsaqan ghalizha (perjanjian yang sangat berat). Dan setiap jalan yang menuju mitsaqan ghalizha di muliakan oleh Allah s.w.t. Islam memberikan penghormatan yang suci kepada niat dan ikhtiar untuk berkahwin.

PENDAM JIKA BELUM BERSEDIA
Bagi remaja sekolah, ada baiknya untuk menahan diri dan tidak terjerumus pada percintaan. Rasa suka, terpesona dan jatuh hati, nampak akan selalu terjadi selagi mereka bergaul secara bebas. Kalau setiap rasa suka, jatuh hati dan terpikat harus diteruskan dengan percintaan, maka risikonya boleh meninggalkan kesan dihati.Hari-hari mereka disibukkan oleh percintaan yang melenakan. Tugas utama mereka belajar pada usianya, hanyalah angan belaka. kerana setiap waktu yang dia miliki untuk memikirkan teman yang telah berjaya menakluki hatinya. Bila memang belum dirasakan bersedia untuk menyemai cinta dalam bingkai perkahwinan, maka sebaiknya cinta dipendam dan tidak di lanjutkan. Bila nanti jodoh telah sampai, yakinlah bahwa kita akan dipertemukan dengan kekasih hati yang telah menunggu kita. Jadi kenapa perlu mendahului dengan yang haram bila memang nantinya kita akan mendapatkannya secara halal..

Bagaimana cara memendamnya :- 
  • cubalah untuk menghindar dari bertemu dengan seseorang yang kita suka.
  • sibukkan diri sementara waktu demi menghilangkan bayangannya.
  • hapuskan memori dengan membuang pemberiannya.
  • pindah ke tempat lain.
 JIKA SUDAH BERSEDIA
Keadaanya akan berbeza, bila orang yang jatuh cinta itu sudah bersedia berkahwin. Bila usia sudah matang, fizikal dan mental pun sudah bersedia, maka jatuh cinta harus segera diteruskan. sebab ini adalah masa yang tepat, saat kita perlu cinta, maka cinta sudah menghampiri kita.

Adapun perkara yang boleh kita lakukan adalah :-
  • nyatakan bila berani.
  • meminta pertolongan pihak ketiga.
  • sebaiknya bukan melalui sms.
  • teruskan dengan ikatan perkahwinan.

Thursday 27 December 2012

BufdAy Party!!!



Happy birthday to my beloved friends eyqa !!!
finally ape yg kteorg rancang menjadi..buat surprise 4 eyqa even kne buat dpn hospital,hahaha

Monday 17 December 2012

Resepi Durian Crepe

sesuai untuk peminat durian..sedap d mkn ketika sejuk...


















Bahan- bahan

250grm tepung gandum

2 biji telur 

500ml santan

1/2 sudu teh garam

pewarna (suke hati nk warna ape)

Filling..

1 cawan Non Dairy Whipping creme yang sudah dipukul kental

Isi durian yang telah dilenyek

Cara-cara

* campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
* Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
* Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe.
   (x perlu terbalikan, biar sampai permukaan atas kering)
* Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,
   lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream.
   Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk..then makan la puas2.:)

SELAMAT MENCUBA!!!!


Wednesday 26 September 2012

Abah

Abah..
dirimu begitu berharga buat kami sekeluarga
kau sanggup bekorban demi kami semua
bagi memberi sesuap nasi juga pendidikan
Abah..
kau bekerja siang dan malam
menggunakan tulang empat keratmu
tanpa mengenal erti jemu
kau tidak pernah mengeluh jauh sekali berputus asa
wajahmu sentiasa tenang
walau beribu dugaan datang melanda
kau tetap tabah menghadapi ujian-NYA
Abah..
kami sentiasa berdoa moga kau sentiasa dilindungi
kami bangga dengan dirimu atas kecekalan,ketabahan dan kesabaranmu selama ini
kini kami berjaya hasil penat lelahmu
tidak terbalas pengorbanan mu selama ini
terima kasih Abah...............