Duhai Bakal Imamku,
bimbinglah daku dalam mencari redha
Illahi,
janganlah dikau membimbing aku ke
arah kemaksiatan,
bimbinglah aku menjadi muslimah yang
solehah,
bukan menjadikan aku wanita yang
sentiasa dimurkai Illahi.
Duhai Bakal Imamku,
cintailah aku seadanya aku,
terimalah segala kekurangan dan
kelemahanku dengan seikhlas hatimu,
bimbinglah aku agar menjadi zaujah
yang kau idam2kan,
janganlah kau sentiasa mengkritik
segala kelemahan dan kekuranganku,
kata-katamu itu boleh menguris hati
kecilku ini.
Duhai Bakal Imamku,
terimalah aku hanya kerana Allah,
kerana cintanya kau pada Illahi,
janganlah kau menerimaku hanya
kerana nafsu semata-mata,
kerana ia adalah sementara.
Duhai Bakal Imamku,
bawalah aku kerumah Allah,
jangan kau bawaku ke rumah yang
penuh dengan kemaksiatan,
Duhai Bakal Imamku,
sepanjang tempoh perkenalan kita
sebagai anjnabi,
peliharalah hubungan ini dengan
suasana yang penuh dgn keterbatasan,
agar hidup dan pernikahan kita kelak
sentiasa dalam rahmatNya..
InsyaAllah
nukilan ini khas untuk
'bakal imamku' yang masih menjadi rahsia Allah..
aku takut nak meletakkan harapan
yang terlalu tinggi untuk sesuatu yang belum pasti..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.