Thursday, 19 September 2013

DuHai BaKaL ImAmKU



Duhai Bakal Imamku,
bimbinglah daku dalam mencari redha Illahi,
janganlah dikau membimbing aku ke arah kemaksiatan,
bimbinglah aku menjadi muslimah yang solehah,
bukan menjadikan aku wanita yang sentiasa dimurkai Illahi.

Duhai Bakal Imamku,
cintailah aku seadanya aku,
terimalah segala kekurangan dan kelemahanku dengan seikhlas hatimu,
bimbinglah aku agar menjadi zaujah yang kau idam2kan,
janganlah kau sentiasa mengkritik segala kelemahan dan kekuranganku,
kata-katamu itu boleh menguris hati kecilku ini.

Duhai Bakal Imamku,
terimalah aku hanya kerana Allah,
kerana cintanya kau pada Illahi,
janganlah kau menerimaku hanya kerana nafsu semata-mata,
kerana ia adalah sementara.

Duhai Bakal Imamku,
bawalah aku kerumah Allah,
jangan kau bawaku ke rumah yang penuh dengan kemaksiatan,

Duhai Bakal Imamku,
sepanjang tempoh perkenalan kita sebagai anjnabi,
peliharalah hubungan ini dengan suasana yang penuh dgn keterbatasan,
agar hidup dan pernikahan kita kelak sentiasa dalam rahmatNya..
InsyaAllah

nukilan ini khas untuk 'bakal imamku' yang masih menjadi rahsia Allah..
aku takut nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk sesuatu yang belum pasti..


Sunday, 14 July 2013

Ya Allah, aku jaTuh ciNta

" Dan nikahkanLah orang bujang di kalangan kamu dan hamba lelaki dan perempuan yang telah patut untuk menikah. Jika mereka itu miskin maka nanti Allah berikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah maha Luas kurnianya lagi maha tahu"
(An-Nur: 32)


 berkahwin merupakan sunnah yang diagungkan oleh Allah s.w.t. Didalam al-Quran ada disebutkan perkahwinan sebagai mitsaqan ghalizha (perjanjian yang sangat berat). Dan setiap jalan yang menuju mitsaqan ghalizha di muliakan oleh Allah s.w.t. Islam memberikan penghormatan yang suci kepada niat dan ikhtiar untuk berkahwin.

PENDAM JIKA BELUM BERSEDIA
Bagi remaja sekolah, ada baiknya untuk menahan diri dan tidak terjerumus pada percintaan. Rasa suka, terpesona dan jatuh hati, nampak akan selalu terjadi selagi mereka bergaul secara bebas. Kalau setiap rasa suka, jatuh hati dan terpikat harus diteruskan dengan percintaan, maka risikonya boleh meninggalkan kesan dihati.Hari-hari mereka disibukkan oleh percintaan yang melenakan. Tugas utama mereka belajar pada usianya, hanyalah angan belaka. kerana setiap waktu yang dia miliki untuk memikirkan teman yang telah berjaya menakluki hatinya. Bila memang belum dirasakan bersedia untuk menyemai cinta dalam bingkai perkahwinan, maka sebaiknya cinta dipendam dan tidak di lanjutkan. Bila nanti jodoh telah sampai, yakinlah bahwa kita akan dipertemukan dengan kekasih hati yang telah menunggu kita. Jadi kenapa perlu mendahului dengan yang haram bila memang nantinya kita akan mendapatkannya secara halal..

Bagaimana cara memendamnya :- 
  • cubalah untuk menghindar dari bertemu dengan seseorang yang kita suka.
  • sibukkan diri sementara waktu demi menghilangkan bayangannya.
  • hapuskan memori dengan membuang pemberiannya.
  • pindah ke tempat lain.
 JIKA SUDAH BERSEDIA
Keadaanya akan berbeza, bila orang yang jatuh cinta itu sudah bersedia berkahwin. Bila usia sudah matang, fizikal dan mental pun sudah bersedia, maka jatuh cinta harus segera diteruskan. sebab ini adalah masa yang tepat, saat kita perlu cinta, maka cinta sudah menghampiri kita.

Adapun perkara yang boleh kita lakukan adalah :-
  • nyatakan bila berani.
  • meminta pertolongan pihak ketiga.
  • sebaiknya bukan melalui sms.
  • teruskan dengan ikatan perkahwinan.